Pages

Thursday, October 2, 2014

HIDUP MENONGKAT LANGIT

Hidup menongkat langit,
Hidup dah lama,
Masa kian ke penghujung,
Masih hidup dalam jahiliyyah,
Tanpa berfikir tiada bekal,
Untuk hidup tiada penghujung,
Hidup dengan jahiliyyah,
Berkat kehidupan hilang,
Hidup mula sesak dada,
Lalu mula menyalah Tuhan,
Sedang diri sang pendosa,

Hanyut dengan tipu daya iblis,
Tipu daya disangka nikmat,
Sungguh diri telah ditipu,
Maka hidup porak peranda,
Masih lagi menyalah Tuhan,
Ketika nyawa sudah di halkum,
Baru diri ingat Tuhan,
Tayangan maksiat juga noda,
Mula berputar depan mata,
Bayangan azab mula menjengah,

Masa sudah ke penghujung,
Baru ingat pada Quran,
Masa sudah hampir tamat,
Baru ingat majlis ilmu,
Masa lagi berapa saat,
Baru ingat sedekah jariah,
Masa lagi berapa detik,
Baru ingat saat taubat,

Ayuh bangkit,
Lazimi diri dari sekarang,
Buat ibadah sedaya mampu.
Tahan diri dari maksiat,
Hidup peroleh keberkatan,
Lalu apa itu berkat??
Hidup rasa tenang,
Diri rasa sihat,
Keluarga rasa bahagia,
Redha Allah yang utama J

Jangan hidup menongkat langit!

Nukilan :  Nurakmal Azmin
                02 Oktober 2014


Saturday, June 22, 2013

Robot


Alhamdulillah..masuk hari ni, sudah hari kedua berakhirnya kuliah semester pertama bagi tahun akhir di negeri jelapang padi, bumi hamparan hijau yang tenang dan menyejukkan mata. Jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan. Masih teringat lagi kali pertama menjejakkan kaki ke bumi merbok ni ialah pada akhir tahun 2010. Kini, masih berbaki satu semester lagi untuk menyelesaikan degree, moga dipermudahkan segala urusan, amiin. Syukur pada Allah swt, hari ni masih diberi kesempatan untuk sujud menyembah al-khaliq..menatap bait2 cinta dariNya, dipinjamkan oleh Allah kesihatan dan paling utama diberi nikmat islam dan iman. 

Pagi tadi, setelah selesai beberapa tuntutan diri, tergerak hati untuk membuka laman sosial Facebook dan terjumpa satu video yang kiranya sangat 'powerful' dari segi mesej yang ingin disampaikan. 

Let me describe sikit (rasa macam akan ter..banyak je,hehe) berkenaan video ni bagi siapa2 yang belum tengok. Video selama lbh kurang 7 minit ini berkisar tentang suasana di sebuah kelas yang menempatkan beberapa orang pelajar lelaki. Suasana yang agak bising pada permulaan bertukar senyap serta merta sebaik sahaja guru mereka memasuki kelas. Raut wajah guru mereka yang serius tanpa secalit senyuman lagak seorang diktator jelas membuatkan sang pelajar resah menanti arahan. Si guru mengerling sekilas ke muka jam tangannya yang cuma beberapa saat lagi akan menginjak ke jam 12 tepat. Sebaik sahaja jarum jam mencecah angka 12, satu pengumuman tentang peraturan baru sekolah tersebut dibuat oleh pengetua melalui 'kotak suara' di satu sudut kelas mereka. Pelajar harus mengikut arahan seterusnya yang akan diberi oleh guru yang mengajar. 

Selesai pengumuman, si guru kemudian mengambil sebatang kapur lalu menulis sesuatu di papan hitam. "2 + 2 = 5". Umum mengetahui bahawa dua tambah dua seharusnya empat. Itu lumrah. Itu hukum alam. Satu fakta yang tiada siapa pun boleh sangkal. Namun tidak di kelas ini, para pelajar disuruh ulang dan ulang lagi tanpa bantah bahawa dua tambah dua sama dengan lima. Mereka tahu kebenarannya, tapi terpaksa diamkan kerana takut akan akibat jika menentang. Mereka tahu mereka akan dibunuh jika menyuarakan pendapat yang berbeza, walaupun apa yang disuarakan adalah tentang kebenaran.



Begitulah dunia hari ini, kita dipaksa mengatakan yang salah itu benar, dan yang benar itu salah. Manusia terutamanya mereka yang punya daya intelek, masih juga di'paksa' menjadi 'robot'.

Mujahadah

Hati seorang daie itu seharusnya lunak.
Lunak dengan didikan rohani, memaksa diri dengan bermujahadah.
Lunak dengan ujian, yakni redhanya cepat, secepat saat ia ditimba musibah.
Hatinya begitu teruja menantikan saat bersendirian dengan Tuhannya.
Bagaimana mungkin kita mahu menyentuh hati manusia dengan kalam-kalam dakwah sedangkan hati kita belum lagi tersentuh dengan kalam-kalam dakwah sang daie sebelum daripada kita?
Bagaimana mungkin kita mahu meyakinkan Islam itu indah, sedangkan hati kita belum lagi merasai lazatnya menjadi hamba Allah?
Sungguh, sakitnya mujahadah, di hujungnya ada kemanisan yang hanya difahami bahasa hati.


ps:dari seorang sahabat


Friday, September 28, 2012

Sunday, September 2, 2012

NIKAH IS NOT A TRIAL!




Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala-galanya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu."

Saya membalas sms dia, "Tak pe, InsyaAllah, masih ada peluang untuk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam, dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari. Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. Basah bahu saya dengan air matanya. Saya bertanya,

"Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." 

Tuesday, July 3, 2012

~Mencari Hikmah Melalui Sebuah Ujian~

Alhamdulillah..

Di batas waktu yang kian menghimpit, aku bagaikan terpanggil-panggil untuk mencoretkan sesuatu yang kiranya sudah lama tersimpan kemas di kotak memori. Petang ini ia hadir lagi mengetuk jendela ingatan. Bukan sedikit, bahkan terjahannya bertalu-talu. Kisah mengenai suatu 'mimpi' bersama sahabat-sahabat yang aku dambakan aku tidak akan terjaga darinya kerana indahnya ia.

Tuesday, June 19, 2012