Pages

Wednesday, May 12, 2010

Untuk Sahabat Hawa


Hawa...

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu


Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu


Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar

memperjuangkan Ad-din Allah..

Hawa...


Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu


Ingatlah Hawa janji Tuhan kita..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.


Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,

maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli

dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Hawa...


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa lelaki yang soleh tidak

memilih wanita melalui keseksiannnya

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,

kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,

peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..