Pages

Tuesday, July 3, 2012

~Mencari Hikmah Melalui Sebuah Ujian~

Alhamdulillah..

Di batas waktu yang kian menghimpit, aku bagaikan terpanggil-panggil untuk mencoretkan sesuatu yang kiranya sudah lama tersimpan kemas di kotak memori. Petang ini ia hadir lagi mengetuk jendela ingatan. Bukan sedikit, bahkan terjahannya bertalu-talu. Kisah mengenai suatu 'mimpi' bersama sahabat-sahabat yang aku dambakan aku tidak akan terjaga darinya kerana indahnya ia.
 Rasa gembira, pilu, sedih, girang, senang, semangat, lemah, kecewa tidak akan dapat disembunyikan saat bersama mereka. Mungkin aku terlihat seolah tabah, tiada apa yang merunsingkan di tempat lain, tapi tidak di situ. Segala kekuatan yang aku kumpul selama ini yang tidak mampu aku luahkan, akhirnya aku terjemahkan saat bersama-sama mereka. Alhamdulillah Allah kurniakan kaum hawa dengan sesuatu yang istimewa, airmata. Sungguh, ia mampu menenangkan. Ia hadir dengan sendiri, bukan dilakon-lakon. Kerana bersama merekalah aku mulai kenal diri aku siapa, aku tahu tujuan aku apa, aku sedar tanggugjawab aku bagaimana. Hanya Allah dan mereka tahu 'beban' yang manis ini. Hanya dengan mereka aku mampu berkongsi. Tulisan ini untuk aku dan mereka. Mereka yang bersama-sama aku di saat aku keliru, di saat aku masih bertatih mengenal 'dunia baru'ku. Syukran sahabat-sahabat yang baik! Syukran kakak-kakak yang hebat! 



~Tribute buat TAMAN TARBIAH itu~
...dalam kenangan...

Pohon Tarbiah





~SYUKRAN ALLAH~
 ~Mencari Hikmah Melalui Sebuah Ujian~

No comments:

Post a Comment