Pages

Monday, September 7, 2009

Hakikat Tempoh Kehidupan

Selama mana sebenarnya kita hidup?

Ada yang menjawab 60 tahun,ada pula yang menjawab 80 tahun..

berbagai-bagai jawapan yang kita peroleh..

namun, tidak ramai yang sedar akan hakikat sebenar tempoh kehidupan kita di dunia ini..

Beberapa hari yang lepas,saya ada mendengar sebuah tazkirah berkaitan hal ini di sebuah surau berdekatan kampus saya..,

Terdapat seorang ustaz mengupas tajuk ini dan saya kira ini adalah sebuah tazkirah yang benar2 membuatkan kita merenung semula persinggahan kita di dunia ini yang cuma sementara...

Marilah sama-sama kita merenung surah al-Mukminun ayat 112-114 yang bermaksud;

"Dia(Allah) berfiman,"Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?"

Mereka menjawab,"Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung."

Dia (Allah) berfirman,"Kamu tinggal(di bumi) hanya sebentar sahaja,jika kamu benar-benar mengetahui."

Melalui ayat ini,Prof Dr.Hamka menafsirkan bahawa firman Allah dalam ayat di atas yang menyatakan bahawa kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu mengetahui ialah beliau menyamakan 1000 tahun kita tinggal di dunia bersamaan 1 hari(24 jam) sahaja di akhirat. Cuba kita bayangkan, tempoh paling lama kita hidup di dunia sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. mungkin ada yang 60 tahun, 70 tahun atau paling lama hanya menjangkau 100 tahun.

Jika kita mampu hidup sehingga 100 tahun misalnya, hakikatnya kita cuma ada 2 jam 40 minit sahaja untuk berjuang mendapatkan syurga Allah.

1000 tahun = 24 jam

100 tahun = 2 jam 40 minit

50 tahun = 1 jam 20 minit

25 tahun = 40 minit

Lalu dengan masa yang begitu terhad, masih sempatkah kita untuk bermain-main??

Sama-samalah kita merenung dan menginsafi diri kita serta mengikhlaskan niat kita kerana Allah dan dengan kata lain, jom bekerja untuk Allah..moga amalan dan usaha kita yang sedikit ini dinilai dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.