Pages

Tuesday, December 28, 2010

Kerisauan Semalam, Ketakutan Hari Ini

...BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM...

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada

anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada

kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... "

"Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan

kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini,

maka sebutlah

"Kapur!",

jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!".."

Thursday, November 18, 2010

Aidiladha

Salam Aidiladha 1431H buat sahabat2, ahli keluarga, guru2, teman2 dan semua yg mengenali..same2 kite menghayati erti sebenar pengorbanan..tidak dpanggil pengorbanan jika xmelepaskan ape yang disayangi semata2 untuk mendapat mardhatillah..seperti juga kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s. dan anandanya Nabi Ibrahim a.s...juga isterinya, Hajar.

Monday, September 6, 2010

GENERASI MERDEKA!

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama rase tak meng‘update’ blog ini. Pelbagai tuntutan2 lain menyebabkan masa untuk diri sendiri agak terhad. Tapi, sekarang dah mula cuti untuk raya, so baru ade mase nak update blog ni(”,). First thing to ask, “Ape khabar iman?” Walaupun dah ‘mood’ raye ni, tapi kite masih berada di fasa terakhir Ramadhan, fasa yang mana setiap umat Rasulullah s.a.w. berlumba-lumba mase makin suntuk, so let’s move to ‘grab’ lailatul qadar!=))

Ok la..itu bukan isu utama yang ingin dibincangkan di sini. Sekarang ni terlalu banyak rasenye perkara yang bermain di dalam kotak pemikiran, dengan isu yang sekecilnya-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya..dengan masalah sosial yang semakin membarah, perundangan yang direka mengikut kehendak nafsu, sehinggalah kepada sistem pemerintahan yang kucar-kacir. Apa yang sebenarnya menyumbang kepada pelbagai masalah dunia kini???

Wednesday, June 23, 2010

.:Bingkisan Buat Syabab:.





Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami asadullah, saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Wednesday, May 12, 2010

Untuk Sahabat Hawa


Hawa...

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu


Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu


Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar

memperjuangkan Ad-din Allah..

Hawa...


Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu


Ingatlah Hawa janji Tuhan kita..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.


Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,

maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli

dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Hawa...


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa lelaki yang soleh tidak

memilih wanita melalui keseksiannnya

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,

kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,

peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..

Monday, March 22, 2010

1 daripada 7 Golongan yang Mendapat Naungan Allah di Padang Mahsyar


Salam penuh kerinduan
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Membaca kisah hidup dan sirahnya..,
membuat hati meronta-ronta untuk bertemunya;
insan teragung yang juga mempunyai perwatakan dan akhlak terulung,
yang tiada bandingan.

Namun mana mungkin dapat kutemuimu ya Rasul Allah..
hanya sunnahmu dan perjuanganmu dapat kuteruskan.
menyambung r
antai-rantai perjuangan.,

Friday, March 12, 2010

Antara keberkatan & habuan dunia..


Antara keberkatan/redha Allah dan habuan dunia..

Kekadang kita tidak sedar tujuan kita hidup..atau mungkin dalam konteks sekarang, tujuan exam..ramai yang mencari ilmu dan bertungkus lumus untuk mase depan..tetapi bukan meletakkan redha Allah di depan..

Sebagai seorang Islam, ape yang paling penting adalah mardhotillah..belajarlah kerana Allah..hormatilah guru2@ pensyarah2 seadanya..setelah usaha, tawakkal..insyaAllah., kalau kejayaan tak datang sekarang, Allah akan ganti di masa akan datang..

Tuntutlah ilmu untuk menolong agama Allah,berjuanglah...jangan putus asa!
"Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akn menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu."
( Surah Muhammad: ayat 7)