Pages

Monday, September 6, 2010

GENERASI MERDEKA!

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama rase tak meng‘update’ blog ini. Pelbagai tuntutan2 lain menyebabkan masa untuk diri sendiri agak terhad. Tapi, sekarang dah mula cuti untuk raya, so baru ade mase nak update blog ni(”,). First thing to ask, “Ape khabar iman?” Walaupun dah ‘mood’ raye ni, tapi kite masih berada di fasa terakhir Ramadhan, fasa yang mana setiap umat Rasulullah s.a.w. berlumba-lumba mase makin suntuk, so let’s move to ‘grab’ lailatul qadar!=))

Ok la..itu bukan isu utama yang ingin dibincangkan di sini. Sekarang ni terlalu banyak rasenye perkara yang bermain di dalam kotak pemikiran, dengan isu yang sekecilnya-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya..dengan masalah sosial yang semakin membarah, perundangan yang direka mengikut kehendak nafsu, sehinggalah kepada sistem pemerintahan yang kucar-kacir. Apa yang sebenarnya menyumbang kepada pelbagai masalah dunia kini???


Ambillah masa sejenak untuk berfikir, merenung kejadian diri, dari saat kita dijadikan daripada setitis air mani yang hina dan lumpur yang kotor, kita diberikan pengiktirafan sebagai khalifah di muka bumi yang makhluk lain tidak mahu menerimanya kerana ia merupakan satu beban tanggungjawab yang berat dan tidak mampu dipikul. Kita di dunia ini merupakan ujian, setiap detik dan saat kita diuji samada kita ingkar atau taat. Tapi melihat kepada dunia akhir zaman ini, ramai HAMBA-NYA yang ingkar!

Lihatlah di negara kita sendiri, rasenya semua perkara bertentangan dengan suruhan-Nya. Yang halal jadi haram, yang haram dihalalkan. Pemimpin2 negara pula merelakan perkara-perkara maksiat malah menjadi penaja besar dalam program2 seumpama itu. Semuanya kerana POLITIK dan KEPENTINGAN DUNIAWI yang jelas tidak kekal! Namun adakah politik itu tidak dibolehkan dalam Islam?? Tidak, malah ianya merupakan satu tuntutan dalam kehidupan seorang muslim namun haruslah mengikut acuan Islam yang datangnya dari Allah. Rasulullah s.a.w. sendiri mengamalkan kehidupan berpolitik.

Islam itu syumul (menyeluruh), meliputi setiap aspek kehidupan seperti ekonomi, sosial, perundangan, dan sebagainya dari sekecil-kecil perkara seperti doa sebelum dan selepas makan hingga sebesar-besar perkara termasuklah sistem pemerintahan. Kita adalah hamba Allah, siapalah kita untuk tidak mengikut ape yang disuruh-Nya. Diturunkan al-Quran sebagai manual ‘book’, sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan..tapi kini manusia lebih suka ikut kepala sendiri..merasa diri hebat.,malah menentang hukum Allah!

Baik, sekarang fikirkan satu perkara, buka minda, buka mata hati! Moga Allah beri petunjuk. Kita memerlukan satu pemerintahan yang telus, rakyat dapat menyandarkan kepercayaan, mengikut apa yang Allah tetapkan, tiada lagi korupsi, tiada lagi sentimen perkauman kerana manusia itu mempunyai hak yang sama, tiada lagi jenayah akibat kurangnya agama, tiada lagi diskriminasi dan tiada lagi penyelewengan fakta!


Kita bukan generasi lapuk, yang fikiran dan minda sewenang-wenangnya dijajah dan disumbat dengan isu-isu murahan! Kita bukan generasi kuno yang seperti katak bawah tempurung! Berfikiran tertutup, menerima sahaja apa yang disua. Kita generasi baru yang mampu berfikir dengan matang! Yang mampu mengeluarkan pendapat sendiri melalui pembacaan media arus baru yang lebih telus dan jujur! Kami memilih untuk mengikut Allah dan Rasul! Lupakan hasrat KAMU untuk menjajah kembali fikiran kami. KAMI GENERASI MERDEKA!


No comments:

Post a Comment