Pages

Friday, March 12, 2010

Antara keberkatan & habuan dunia..


Antara keberkatan/redha Allah dan habuan dunia..

Kekadang kita tidak sedar tujuan kita hidup..atau mungkin dalam konteks sekarang, tujuan exam..ramai yang mencari ilmu dan bertungkus lumus untuk mase depan..tetapi bukan meletakkan redha Allah di depan..

Sebagai seorang Islam, ape yang paling penting adalah mardhotillah..belajarlah kerana Allah..hormatilah guru2@ pensyarah2 seadanya..setelah usaha, tawakkal..insyaAllah., kalau kejayaan tak datang sekarang, Allah akan ganti di masa akan datang..

Tuntutlah ilmu untuk menolong agama Allah,berjuanglah...jangan putus asa!
"Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya dia akn menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu."
( Surah Muhammad: ayat 7)

Monday, February 15, 2010

Jom Ke Klate!

Sudah lama tak menjejakkan kaki ke Kampung Kraf Tangan..KB.
Tengah hari tadi saya berpeluang kembali ke sana..
Huhu,terubat rindu..Kebetulan tadi sangat ramai pelancong dari luar..
(cam melalui loghat pertuturan), tak kurang juga pelancong asing dari pelbagai negara..Disana pelancong boleh dapatkan pelbagai cenderamata n buah tangan..dan pastinye semuanye adalah kraftangan buatan sendiri..memang unik dan menarik..

Perkampungan Kraftangan, Kota Bharu Kelantan.

..Salah satu kedai lukisan di sana..

Lukisan Tok Guru kesayangan rakyat jelata

Antara lukisan yang dipamerkan..

Kedai Cenderamata..

p/s: Kampung Kraftangan merupakan tempat saya belajar lukisan mase sekolah menengah..^-^

Saturday, January 30, 2010

jadilah seperti pokok pisang



"jadilah seperti pokok pisang...
setiap bahagian ada kegunaan...
batang jadi rakit,
buah jadi santapan,
jantung jadi ulam,
daun jadi pembungkus,
kulit pokok y kering jadi tali,
hilangnye ada pengganti,
meninggalkan tunas2 baru..
penyambung perjuangan"

Tuesday, January 19, 2010

wahan vs muda-mudi


Sakit mata, pedih hati bila melihat muda-mudi yang sepatutnya memikul beban amanah yang berat untuk menegakkan agama Allah semakin galak melayan 'kenikmatan' dunia yang sementara sedangkan waktu mudalah yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kebaikan ummah. Apabila kita menyingkap kembali sejarah kebangkitan Islam, ramai di antara pejuang2 yang berada di saf-saf depan medan pertempuran adalah mereka yang bergelar pemuda sehinggakan Rasulullah s.a.w. pernah melantik seorang pemuda yang ketika itu cuma belasan tahun sebagai panglima perang untuk memimpin tentera2 Islam yang begitu ramai. Ini menunjukkan betapa semangat golongan muda yang jika disemai dan dipupuk mampu menggoncang dunia, menggegarkan hati2 musuh2 Islam. Namun kini, golongan ini telah lemah,begitu lemah...ibarat buih...dicucuk sedikit, pasti akan pecah.. ke mana hilangnya Umar al-Khattab, ke mana hilangnya Khalid al-Walid...Kini yang tinggal hanya buih2...banyak, tapi kosong dan lesu...

Wednesday, November 4, 2009

kenangan...

Beberapa hari yang lepas, saya bersama beberapa orang rakan mengadakan pertemuan memandangkan sudah agak lama kami tidak bertemu mata. cuti semester kali ini adalah peluang bagi kami.. bimbang kalau-kalau tiada lagi peluang untuk berjumpa.. yelah,masing2 sudah semakin menginjak dewasa. Semakin banyak tanggungjawab yang sedang menyapa..

Em,sedar tak sedar,kami sudah menghabiskan zaman persekolahan yang sememangnya mempunyai pelbagai memori suka duka yang terpaksa ditempuhi sepanjang berada di taman tarbiyah,Naim Lilbanat..Benar kata orang,kisah lampaulah yang mematangkan kita,mengimbau kembali kenangan dulu menambahkan kekuatan hati untuk terus mara melangkah,.menggapai impian..,maaf..mungkin terlalu banyak kenangan yang sukar diluputkan dari ingatan membawa saya menulis di sini..









huru hara kiamat..




Saya kira melihat kepada tajuk buku di atas,pembaca sudah mendapat gambaran kasar tentang isi kandungan buku tersebut..

Entah mengapa saat terpandang buku di atas, hati saya begitu tertarik untuk mengetahui isi kandungannya...lantas,saya segera mengambil dan membayarnya..mungkin jatuh cinta pandang pertama..!huhu,.

Membaca perbincangan di dalam buku ini yang bukan sahaja menerangkan tanda-tanda terjadinya kiamat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,malah penulis memperjelas dengan berbagai fakta ilmiah yang mengejutkan membuatkan saya ingin meneruskan pembacaan.

Perkaitan Al-Quran dan As-Sunnah dengan penemuan-penemuan baru yang diselitkan didalam buku ini sangatlah berkait rapat,sedangkan Al-Quran itu diturunkan berkurun lamanya sebelum lahirnya para saintis yang membuat pelbagai kajian menggunakan pelbagai peralatan2 canggih..ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran itu benar2 datang daripada pencipta yang agung, Allah s.w.t yang mengetahui segala selok-belok dunia tanpa batasan..

Tuesday, October 20, 2009

peRinGataN dari AllaH~

baru2 ni,dpt satu emel drpd seorang rakan....

nak kongsi r kt cni...


assalamualaikum ...Hanya Ingin Mengingatkan ......



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..



1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......



1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.



Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :



1.. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.



Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.



Beberapa kata renungan dari Qur'an :



Orang Yang Tidak Melakukan Solat:



Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya



Wassalam.