Pages

Wednesday, November 4, 2009

huru hara kiamat..




Saya kira melihat kepada tajuk buku di atas,pembaca sudah mendapat gambaran kasar tentang isi kandungan buku tersebut..

Entah mengapa saat terpandang buku di atas, hati saya begitu tertarik untuk mengetahui isi kandungannya...lantas,saya segera mengambil dan membayarnya..mungkin jatuh cinta pandang pertama..!huhu,.

Membaca perbincangan di dalam buku ini yang bukan sahaja menerangkan tanda-tanda terjadinya kiamat berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah,malah penulis memperjelas dengan berbagai fakta ilmiah yang mengejutkan membuatkan saya ingin meneruskan pembacaan.

Perkaitan Al-Quran dan As-Sunnah dengan penemuan-penemuan baru yang diselitkan didalam buku ini sangatlah berkait rapat,sedangkan Al-Quran itu diturunkan berkurun lamanya sebelum lahirnya para saintis yang membuat pelbagai kajian menggunakan pelbagai peralatan2 canggih..ini jelas menunjukkan bahawa al-Quran itu benar2 datang daripada pencipta yang agung, Allah s.w.t yang mengetahui segala selok-belok dunia tanpa batasan..

No comments:

Post a Comment