Pages

Wednesday, May 12, 2010

Untuk Sahabat Hawa


Hawa...

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu


Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu


Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar

memperjuangkan Ad-din Allah..

Hawa...


Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu


Ingatlah Hawa janji Tuhan kita..wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.


Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,

maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli

dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Hawa...


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa lelaki yang soleh tidak

memilih wanita melalui keseksiannnya

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,

kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,

peribadinya dan yang penting pegangan agamanya..


Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang

bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan
untuk mengodanya

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa

matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan..

Oleh itu Hawa...


Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu


Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu


Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu


Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat

kebahagiaan buat dirimu

Cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu..


Hawa...


Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi

cinta daripada insan yang juga menyintai Allah

Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah


Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia

selain dari cinta keluarga

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang

iman lelaki..

~Dari Sahabat IKIM~

2 comments:

  1. thanks kema atas perkongsian....
    semoga kita tergolong dalam muslimah solehah....
    ameen!!

    ReplyDelete