Pages

Monday, March 22, 2010

1 daripada 7 Golongan yang Mendapat Naungan Allah di Padang Mahsyar


Salam penuh kerinduan
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Membaca kisah hidup dan sirahnya..,
membuat hati meronta-ronta untuk bertemunya;
insan teragung yang juga mempunyai perwatakan dan akhlak terulung,
yang tiada bandingan.

Namun mana mungkin dapat kutemuimu ya Rasul Allah..
hanya sunnahmu dan perjuanganmu dapat kuteruskan.
menyambung r
antai-rantai perjuangan.,

Meniti liku-liku kehidupan dalam perjuangan terkadang membuatku tak berdaya.,
namun ku punya sahabat dan persahabatan yang sukar untuk dijelaskan..
yang menguatkanku ketika dalam kelelahan,
yang membahuku dari belakang tika ku hampir rebah..
yang menyambutku tika ku hampir tersungkur..

Alhamdulillah Ya Allah...
andai aku bukan aku pada hari ini..
belum tentu aku disini..

Semua kerana ukhuwwah dan perjuangan..
Ia ibarat tali yang menghubungkan..
juga ibarat air yang menenangkan..

Moga pertemuan dan perpisahan kita semata-mata kerana Allah
dan tergolong dalam golongan yang mendapat naungan Allah.~




TERIMA KASIH SAHABAT-SAHABATKU!!


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”


(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


3 comments:

  1. taman tarbiah itu buat daku knl kamu..
    taman tarbiah itu buat daku rindu kamu..
    taman tarbiah itu mnjadi saksi, pahit manis brsama kmu adlh nikmat terindah dariNya..

    ReplyDelete
  2. yea kiki...rindu kamu..meh balek m'sia meh..

    ReplyDelete