Sakit mata, pedih hati bila melihat muda-mudi yang sepatutnya memikul beban amanah yang berat untuk menegakkan agama Allah semakin galak melayan 'kenikmatan' dunia yang sementara sedangkan waktu mudalah yang sepatutnya dimanfaatkan untuk kebaikan ummah. Apabila kita menyingkap kembali sejarah kebangkitan Islam, ramai di antara pejuang2 yang berada di saf-saf depan medan pertempuran adalah mereka yang bergelar pemuda sehinggakan Rasulullah s.a.w. pernah melantik seorang pemuda yang ketika itu cuma belasan tahun sebagai panglima perang untuk memimpin tentera2 Islam yang begitu ramai. Ini menunjukkan betapa semangat golongan muda yang jika disemai dan dipupuk mampu menggoncang dunia, menggegarkan hati2 musuh2 Islam. Namun kini, golongan ini telah lemah,begitu lemah...ibarat buih...dicucuk sedikit, pasti akan pecah.. ke mana hilangnya Umar al-Khattab, ke mana hilangnya Khalid al-Walid...Kini yang tinggal hanya buih2...banyak, tapi kosong dan lesu...
Daripada Tsauban r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."
Maka salah seorang bertanya,
"Apakah kerana kami sedikit ketika itu?"
Nabi s.a.w. mejawab:
"Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir."
"Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-muusuh kamu, dan Allah akan campakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'."
Seorang sahabat bertanya:
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
"Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi lalu menjawab:
"Cinta pada dunia dan takut pada mati."
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Cinta pada dunia...terlalu banyak mereka yang hanya mementingkan dunia semata-mata kerana terleka bahawa di dunia ini cuma persinggahan...ada pulau abadi yang menunggu di hujung perjalanan..Mardhotillah jua matlamatku.
"Manusia selalu berhati-hati dengan batu besar, tetapi selalu tergelincir dengan batu kecil."
No comments:
Post a Comment